PUSAT PENDIDIKAN AL-AZHAR

Mukim Gelong, 06000, Jitra Kedah. Tel: 04 9291758

FALSAFAH SEKOLAH
Proses pendidikan yang berasaskan Tauhid, bagi membina dan melahirkan Insan Rabbani yang Berilmu, Beriman dan Berakhlak Mulia.Serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, Negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kurikulum Islam bersepadu;

2. Menggabung ilmu ‘aqli dan naqli di dalam satu kurikulum yang tidak terpisah;

3. Memupuk dan membimbing ke arah pertumbuhan peribadi yang seimba

4. Mewujudkan generasi yang memiliki akhlak yang mulia dan meletakkan Islam sebagai cara hidup;

5. Membina dan memupuk semangat cintakan ilmu.

6. Menyediakan satu suasana penghayatan Islam.

VISI & MISI
VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan yang terunggul di negeri Kedah dengan imej dan pengisian sekolah Mithali (Primier) menjelang 2015

MISI
Menjana generasi soleh wa musleh beteraskan kecemerlangan ilmu,iman dan amal melalui sistem pendidikan bersepadu.