PUSAT PENDIDIKAN AL-AZHAR

Mukim Gelong, 06000, Jitra Kedah. Tel: 04 9291758

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah Shallallahualaihiwassalam bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

HR. Thabrani dan Daruquthni

PAUTAN LAIN
SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PPAZ
 

Mulai kemasukan tahun 2017


Pusat Pendidikan Al-Azhar (PPAZ) menawarkan pilihan Sistem Pengajian SMAZ/PPAZ bagi kemasukan ke tingkatan satu.


  • Pilihan Pertama: Pada tahun pertama pelajar memulai dengan dengan Tahun Tahfiz, kemudian akan diteruskan dengan tingkatan satu sehingga tingkatan lima, tempoh pengajian selama enam (6) tahun.
  • Pilihan kedua: Pelajar terus ke tingkatan satu sehingga tingkatan lima tempoh pengajian selama lima (5) tahun.

*Nota:

1. Kedua-dua sistem ini akan melalui pengajian Akademik, Agama dan Hafazan Quran pada setiap tahun.

2. Setiap permohonan akan melalui proses temuduga pelajar dan waris.

3. Syarat minumum permohonan adalah mendapat 3A dan ke atas di dalam UPSR bagi kemasukan ke tingkatan satu, kecuali dari Sekolah Rendah Al-Azhar tertakluk kepada keputusan lembaga PPAZ.

4. Pusat Pendidikan Al-Azhar secara dasarnya mengguna pakai sistem Pendidikan IKRAM-MUSLEH

TAHNIAH!! SRAZ dan SMAZ berjaya mendapat Anugerah 5 bintang SKIPS 2015.

       Alor Setar, 28 Mac 2016: Sekolah Rendah Al-Azhar dan Sekolah Menengah Al-Azhar telah dianugerahkan Sijil bertaraf "5 bintang Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Peringkat Kebangsaan 2015".

        Sijil Anugerah disampaikan oleh Tuan Sofaruddin Bin Haji Ismail (Timb.Pengarah Pendidikan Negeri Kedah) dan diiringi Tuan Abd Aziz Bin Selaiman (Ketua Sektor Pengurusan Akademik Negeri Kedah). 

        Puan Noor Latifah Binti Mohd Zainudin (Guru Besar Sek.Ren Al-Azhar) dan Encik Mohd Syahir Bin Ismail (Pengetua Sek.Men Al-Azhar) hadir menerima anugerah tersebut bagi pihak sekolah.

        Semoga Sekolah Rendah Al-Azhar dan Sek.Men Al-Azhar terus unggul dalam usaha mentarbiyah pelajar agar berjaya di dunia dan akhirat.



Aktiviti Perbarisan

Gerai Jualan

Persembahan Silat.

Karnival Ko Kurikulum Pusat Pendidikan Al-Azhar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SRAZ 2014

PAPAN NOTIS
Para waris boleh menyemak tumggakan yuran dengan menalefon ke sekolah, bertemu dengan pegawai bahagian kewangan sekolah atau boleh semak secara online.
Yuran pengajian bulanan hendaklah dibayar tidak lewat dari 7 haribulan setiap bulan. Tunggakan yuran boleh memberi implikasi kewangan sekolah. Mohon kerjasama waris. Terima kasih

Click here to edit text